TATACARA DAN PROSES MEMOHON RUMAH KOS RENDAH MELALUI SISTEM PENDAFTARAN TERBUKA ATAS TALIAN (ONLINE)
Keluaran 01/2020


SEBELUM MEMOHON

1. Sila layari Laman Sesawang Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar yang rasmi untuk mendapatkan maklumat berkaitan di alamat berikut:

http://www.lppb.gov.my

2. Jika anda menggunakan Komputer, klik Sistem Pendaftaran Terbuka Maklumat Lanjut atau jika anda menggunakan telefon bimbit, imbas kod QR sahaja.

3. Baca dan fahami syarat-syarat kelayakan untuk permohonan rumah sewa atau rumah dibeli berharga RM47,000 seunit dan ke atas. Jika anda merasa layak dan bersetuju dengan syarat-syarat tersebut, anda boleh klik Pendaftaran Atas Talian.

4. Sila sediakan salinan digital KAD PENGENALAN dan SURAT DAFTAR LAHIR anda dengan mengimbas menggunakan Scanner atau mengambil gambar menggunakan telefon bimbit. Anda boleh letakkan palang seperti “KEGUNAAN LPPB SAHAJA” semasa mengimbas atau mengambil gambar Kad Pengenalan dan Surat Beranak. Pastikan resolusi imej dokumen-dokumen anda tidak melebihi 1024KB (1MB). Format imej digital yang diterima hanya .gif, .jpg, atau .png sahaja. Namakan fail digital anda mengikut nombor Kad Pengenalan dan nombor Daftar Surat Lahir anda. Contoh ic700113.jpg untuk fail digital Kad Pengenalan dan sl700113.jpg bagi Surat Lahir.

5. Sediakan alamat Email anda yang betul. Semua maklumbalas Permohonan Atas Talian disalurkan melalui Email anda. LPPB tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat sebarang pemberitahuan oleh kerana Email yang tidak tepat.

6. Jika semua langkah diatas telah dipenuhi, anda siap memohon atas talian. Langkah-langkah seterusnya hanya mengambil masa kurang dari 5 minit.


SEMASA MEMOHON

1. Tandakan saya bersetuju dan ingin memohon dan klik butang Submit.

2. Upload salinan Kad Pengenalan digital anda dengan mengklik Drop files here or click to upload di ruangan Kad Pengenalan. Pilih fail digital seperti ic700113.jpg dan tunggu sehingga imej fail tersebut dipaparkan. Masa upload bergantung saiz fail digital anda. Oleh itu elakkan fail digital anda dari terlalu besar. Jika tersalah upload, anda boleh mengklik Remove dan mengulang proses nombor 2 tadi.

3. Upload salinan Surat Lahir digital anda dengan mengklik Drop files here or click to upload di ruangan Surat Kelahiran. Pilih fail digital seperti sl700113.jpg dan tunggu sehingga imej fail tersebut dipaparkan. Masa upload bergantung saiz fail digital anda. Oleh itu elakkan fail digital anda dari terlalu besar. Jika tersalah upload, anda boleh mengklik Remove dan mengulang proses nombor 3 tadi.

4. Jika anda melihat kedua-dua imej fail digital telah dipaparkan maka anda boleh menandakan kotak Tandakan kotak ini jika siap mengisi. Seterusnya tekan butang Complete.

5. Pilih jenis permohonan anda samada untuk rumah Disewa atau Dibeli. Anda dinasihatkan menetapkan jenis rumah yang benar-benar anda perlukan. Hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses walaupun anda menghantar banyak permohonan.

6. Isikan semua maklumat yang dikehendaki dan pastikan Email yang anda isi adalah tepat.

7. Jika semuanya lengkap diisi, tandakan kotak siap diisi dan tekan butang Complete.

8. Isikan butiran KRITERIA yang ditetapkan.

9. Tandakan kotak jika anda telah siap mengisi. Seterusnya tekan butang Complete.

10. Pendaftaran Atas Talian anda telah selesai.


SELEPAS PENDAFTARAN SELESAI

1. Sila periksa kotak Email anda untuk mendapatkan salinan borang permohonan untuk simpanan dan rekod. Semua Email tersebut datang dari alamat lppbspt.

2. Jika permohonan anda tidak lengkap dan ditolak oleh Sistem Pendaftaran Terbuka, anda juga akan diberitahu melalui Email.

3. Selepas permohonan anda diproses melalui pemprosesan Sistem Pendaftaran Terbuka, anda juga akan diberitahu melalui Email samada LAYAK atau TIDAK LAYAK. Sila simpan dokumen pemberitahuan untuk ditunjukkan semasa berurusan dengan LPPB.


TEMPOH MENUNGGU SEHINGGA DITAWARKAN RUMAH

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan semasa tempoh menunggu.

1. Anda boleh mengemaskini permohonan anda dengan datang ke Ibu Pejabat LPPB untuk mengisi borang permohonan kemaskini data, sekiranya masih berminat (Sila maklum tempoh sah setiap permohonan adalah tidak melebihi 5 tahun).

2. Memberitahu LPPB jika anda sudah mendapat rumah dari agensi perumahan kerajaan yang lain.

Ada beberapa perkara apabila LPPB menghubungi anda.

1. Meminta anda hadir ke Ibu Pejabat LPPB untuk ditemuduga dan mengemukakan salinan dokumen yang asal seperti Surat Lahir, Slip Gaji Terkini, Surat Nikah dan yang berkenaan. Permintaan ini akan dibuat secara rasmi. Oleh itu anda dinasihatkan menghubungi Bahagian Harta LPPB untuk pengesahan sekiranya ada pihak-pihak meragukan yang menghubungi anda.

2. Memberikan Surat Tawaran rumah sekiranya anda terpilih dalam mesyuarat pemilihan oleh Jawatankuasa Perumahan Sabah dan seterusnya memberikan kunci rumah yang akan anda diami.


3. Membatalkan permohonan dan tawaran rumah sekiranya mendapati maklumat permohonan anda adalah palsu.